Monday, February 23, 2009

OH!! MALAYSIA'KU'


Seperti yang kita lihat baru-baru ini. Apa yg ditunjukkan oleh bangsa melayu kita dengan ketegangan yang berkuak-kuak mementingkan parti masing-masing yang memberi kesan buruk sambil bangsa lain yang hanya duduk bergembira dan ketawa melihat gelagat orang melayu. Sedih kalau dilihat orang melayu sekarang ni asyik bergaduh sesama sendiri. Kalau dilihat dengan bangsa asing walaupun diaorang bergaduh tetapi mereka tetap menjaga maruah bangsa diaorang. Salahkah kita (Orang Melayu) berbuat demikian???



Kemenangan BN di Perak bukan sekadar untuk mementingkan diri tapi ini menunjukkan ketidakadilan Parti Pakatan Rakyat yang menyalah gunakan kuasa seperti bekas MB Datuk Nizar yang hanya cucuk hidung untuk membuat apa-apa keputusan.

Beliau hanya berpandukan DAP sebagai panduan. Mana kepentingan orang melayu di Perak & lain-lain negeri?



Mungkin kita (org melayu) lupa bahawa negara kita (Malaysia) majoriti penduduknya terdiri daripada orang melayu. Kita memang berhak diatas segalanya. Jangan jadikan politik ini sebagai garisan untuk mempecah belahkan hak-hak orang melayu. Tidak kira parti BN, PAS, PKR dll bergabung demi menjadikan orang melayu atau orang islam sebagai rakyat yang disegani di mata dunia. Kita lihat di arab ataupun negara Palestin kekuatan mereka terletak di atas kekuatan rakyat. Apa dah jadi di Palestin puak Hamas dan puak Fatah mereka juga bergaduh sesama sendiri. Mereka pun islam. Adakah di Malaysia juga akan tercetus seperti mana di Palestin?



Adakah pengakhiran melayu malaysia sekarang akan sama seperti di negara arab yang satu agama tetapi tidak sebulu dan berbalah diantara sesama mereka?



Mungkin kita juga lupa akan rukun negara kita.... huraian



* Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan- kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.



Orang melayu sekarang hanya percaya kepada orang lain dari percaya kepada tuhan.

Sebenarnya kita kena terima hakikat kerana yang baik datangnya dari tuhan dan yang buruk pun datang dari tuhan.



* Kesetiaan kepada raja dan negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.



Kita tengok mana-mana bangsa asing yang taat setia kepada raja seperti (Karpal Singh).

Beliau mampu menyaman sultan kita. Adakah kita akan membiarkan ianya berlaku?



* Keluruhan perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.



Rakyat perlu menerima perlembagaan negara.

Adakah Karpal Singh mematuhi kemuliaan Perlembagaan Negara?



* Kedaulatan undang-undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.



Ya! Karpal Singh seorang lawyer...undang- undang... Adakah kita ingin membiarkan bangsa asing menyaman Raja@Sultan (bukan Raja Lingam kedai potong di klang?)

Mana hak-hak kita???



* Kesopanan dan kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.



Mana kesopanan dan kesusilaan org melayu?

Hanya biarkan bangsa kita sendiri menjadi boneka didalam negara kita.







Kepada semua marilah bersatu... Memang dalam islam tidak wujudnya kita membenci sesama sendiri walau berbeza agama tetapi kepentingan orang melayu untuk bersatu dan menjadikannya lebih kuat perlu diwujudkan sekarang.



Kita tertewas dalam ekonomi negara. Kita tertewas dalam mendidik anak bangsa, jangan kita menanam perasaan hasrat dengki sesama kita. Marilah kita memulihkan ekonomi dan mampu mendidik anak bangsa kita akan datang.



Permulaannya bermula dengan diri kita sendiri..... ......... .......sedarlah wahai saudaraku, anak bangsaku.... Takkan melayu hilang didunia. Insya ALLAH.

1 comment:

Anonymous said...

rukun negara skg dicetak di botol air mineral.. senang nak ingat .. ;)

salam kenal .

imeem