Thursday, March 11, 2010

CAJ WAD DIMANSUHKAN




Berkuatkuasa 1 April 2010 1.2 juta kakitangan & 450,000 pesara awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan tidak akan dikenakan bayaran wad. Menurut kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, pemansuhan bayaran itu turut terpakai untuk anggota keluarga & ibu bapa mereka.

Terima kasih kerajaan yang prihatin sejajar dengan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

TIADA LAGI CAJ WAD...


Berita baik kepada semua kakitangan & pesara awam ini kerana berkuatkuasa 1 April 2010 Caj Wad akan dimansuhkan. Tan Sri Ismail Adam berkata, pemansuhan bayaran itu turut terpakai untuk anggota keluarga & ibu bapa mereka dalam pada itu juga bayaran wad tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred.

Apa2 pun terima kasih kepada KERAJAAN yang PRIHATIN, janganlah di kemudian hari dengan tiada lagi caj ini maka COLA ditarik. Yela untuk menggurangkan beban perbelanjaan kerajaan. Tapi jika dikaji semula Caj tersebut wajar dikekalkan ini kerana rata-rata kakitangan kerajaan mampu untuk membayar caj tersebut. Setakat RM 3 je!!! Tu belum kaji pegawai2 atasan yang bergaji besar & berkereta besar. Sewajarnya mereka ini tidak memerlukan pengecualian caj ini.

Harapan agar Caj ini lebih adil bukan apa kakitangan sokongan lagi lebih bekerja daripada kakitangan profesional dimana mereka ini dikatakan golongan 'pemikir' yang kadang2 terlupa memikirkan kakitangan bawahan mereka.

P/S: Apa2 pun langkah kerajaan memansuhkan caj adalah pendekatan terbaik sesuai dengan 1 Malaysia Rakyat Di Dahulukan...

Tuesday, March 9, 2010

Coke & Mentos

Cuba makan Mentos & minum Coke... Tengok ape jadi?

Wednesday, August 19, 2009

Bila Kacang Lupkan Kulit....



P/S : Bacaan menarik untuk semua bangsa -Malays, Indians, Chinese, Muslims and Non-Muslims.

Ada links to their blogspot for you to cross-check the authenticity of these articles.

http://ridhuantee.blogspot.com/2009/08/bila-kacang-lupakan-kulit.html




Monday, February 23, 2009

OH!! MALAYSIA'KU'


Seperti yang kita lihat baru-baru ini. Apa yg ditunjukkan oleh bangsa melayu kita dengan ketegangan yang berkuak-kuak mementingkan parti masing-masing yang memberi kesan buruk sambil bangsa lain yang hanya duduk bergembira dan ketawa melihat gelagat orang melayu. Sedih kalau dilihat orang melayu sekarang ni asyik bergaduh sesama sendiri. Kalau dilihat dengan bangsa asing walaupun diaorang bergaduh tetapi mereka tetap menjaga maruah bangsa diaorang. Salahkah kita (Orang Melayu) berbuat demikian???



Kemenangan BN di Perak bukan sekadar untuk mementingkan diri tapi ini menunjukkan ketidakadilan Parti Pakatan Rakyat yang menyalah gunakan kuasa seperti bekas MB Datuk Nizar yang hanya cucuk hidung untuk membuat apa-apa keputusan.

Beliau hanya berpandukan DAP sebagai panduan. Mana kepentingan orang melayu di Perak & lain-lain negeri?



Mungkin kita (org melayu) lupa bahawa negara kita (Malaysia) majoriti penduduknya terdiri daripada orang melayu. Kita memang berhak diatas segalanya. Jangan jadikan politik ini sebagai garisan untuk mempecah belahkan hak-hak orang melayu. Tidak kira parti BN, PAS, PKR dll bergabung demi menjadikan orang melayu atau orang islam sebagai rakyat yang disegani di mata dunia. Kita lihat di arab ataupun negara Palestin kekuatan mereka terletak di atas kekuatan rakyat. Apa dah jadi di Palestin puak Hamas dan puak Fatah mereka juga bergaduh sesama sendiri. Mereka pun islam. Adakah di Malaysia juga akan tercetus seperti mana di Palestin?



Adakah pengakhiran melayu malaysia sekarang akan sama seperti di negara arab yang satu agama tetapi tidak sebulu dan berbalah diantara sesama mereka?



Mungkin kita juga lupa akan rukun negara kita.... huraian



* Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan- kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.



Orang melayu sekarang hanya percaya kepada orang lain dari percaya kepada tuhan.

Sebenarnya kita kena terima hakikat kerana yang baik datangnya dari tuhan dan yang buruk pun datang dari tuhan.



* Kesetiaan kepada raja dan negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.



Kita tengok mana-mana bangsa asing yang taat setia kepada raja seperti (Karpal Singh).

Beliau mampu menyaman sultan kita. Adakah kita akan membiarkan ianya berlaku?



* Keluruhan perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.



Rakyat perlu menerima perlembagaan negara.

Adakah Karpal Singh mematuhi kemuliaan Perlembagaan Negara?



* Kedaulatan undang-undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.



Ya! Karpal Singh seorang lawyer...undang- undang... Adakah kita ingin membiarkan bangsa asing menyaman Raja@Sultan (bukan Raja Lingam kedai potong di klang?)

Mana hak-hak kita???



* Kesopanan dan kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.



Mana kesopanan dan kesusilaan org melayu?

Hanya biarkan bangsa kita sendiri menjadi boneka didalam negara kita.







Kepada semua marilah bersatu... Memang dalam islam tidak wujudnya kita membenci sesama sendiri walau berbeza agama tetapi kepentingan orang melayu untuk bersatu dan menjadikannya lebih kuat perlu diwujudkan sekarang.



Kita tertewas dalam ekonomi negara. Kita tertewas dalam mendidik anak bangsa, jangan kita menanam perasaan hasrat dengki sesama kita. Marilah kita memulihkan ekonomi dan mampu mendidik anak bangsa kita akan datang.



Permulaannya bermula dengan diri kita sendiri..... ......... .......sedarlah wahai saudaraku, anak bangsaku.... Takkan melayu hilang didunia. Insya ALLAH.

Tuesday, February 3, 2009

INDONESIA


Mereka menggelar Malaysia sebagai "Malingsia"..!!

Kita dituduh sebagai penciplak!!!



Mereka juga tidak mengiktiraf kejayaan kita :

Petronas Tower
Contractor: Korea
Management: Australia

Badminton
all players are Malaysian Chinese and Indians
Coach: Indonesian

Angkasawan aka Astro-tourist-naut
Spaceflight: Rusian Soyuz

SMART Tunnel
Engineering design, construction, and management: Mott MacDonald (UK)

Shukoi : Russia
Submarine: France
A soldier who passed out in Lebanon: Malaysian bumiputera..

Proton
Engines: Japan and France
Body: Malaysia (sub contracted to India)

Toll road
Contractors: China, Korea, Indonesia, all countries except Malaysia
Taxi drivers: Malaysians

Genting Highland
Contractor: UK
Owner: Malaysian Chinese
Gamblers: Sporean, Hk, India, Indonesian, Malaysian Chinese and Indians
Office boys and servants: Malaysian Bumiputera

Pictures of Bigfoot in Johor
pictures are fake, manipulated from a French
archaeological book

Professionals: doctors, lawyers, engineers, accountants, etc: Malaysian Chinese, Indians, and Expats
Matrempit: Malaysian Bumiputera

Holywood artist: M Yeoh (Malaysian Chinese)
Pelawak: Malaysian Bumiputera


Sumber check sini:
http://id-top.blogspot.com/

P/S: Apa yang tak puas hati diaorang ni..!?!?

Thursday, January 22, 2009

SINGAPURA

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel. Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programm er dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia. Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara. Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

sumber: ibnuyaacob

P/S: Tahniah kerana isu ini timbul kembali... tapi apa kita
buat??? aku dah tau cita ni lama..... bak kata Tun
Mahathir ada banyak kuncu Singapura dalam pentadbiran
kerajaaan la ni...Takkan benda ni risikan kita tak
tau? So lagi sekali aku nak tanya apa kita boleh
buat?!?...
imeem