Thursday, March 11, 2010

TIADA LAGI CAJ WAD...


Berita baik kepada semua kakitangan & pesara awam ini kerana berkuatkuasa 1 April 2010 Caj Wad akan dimansuhkan. Tan Sri Ismail Adam berkata, pemansuhan bayaran itu turut terpakai untuk anggota keluarga & ibu bapa mereka dalam pada itu juga bayaran wad tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred.

Apa2 pun terima kasih kepada KERAJAAN yang PRIHATIN, janganlah di kemudian hari dengan tiada lagi caj ini maka COLA ditarik. Yela untuk menggurangkan beban perbelanjaan kerajaan. Tapi jika dikaji semula Caj tersebut wajar dikekalkan ini kerana rata-rata kakitangan kerajaan mampu untuk membayar caj tersebut. Setakat RM 3 je!!! Tu belum kaji pegawai2 atasan yang bergaji besar & berkereta besar. Sewajarnya mereka ini tidak memerlukan pengecualian caj ini.

Harapan agar Caj ini lebih adil bukan apa kakitangan sokongan lagi lebih bekerja daripada kakitangan profesional dimana mereka ini dikatakan golongan 'pemikir' yang kadang2 terlupa memikirkan kakitangan bawahan mereka.

P/S: Apa2 pun langkah kerajaan memansuhkan caj adalah pendekatan terbaik sesuai dengan 1 Malaysia Rakyat Di Dahulukan...

No comments:

imeem