Friday, December 5, 2008

BUKAN MELAYU TOLAK

BUKAN MELAYU TOLAK -UTUSAN MALAYSIA 4/12/08

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya
daripada organisasi bukan Melayu menolak cadangan mewujudkan satu
sistem pendidikan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat selain mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Mereka menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen
Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir itu sebagai berbaur perkauman dan mahu
sistem pendidikan sedia ada dikekalkan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.

``Kami meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap
pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelak
perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan,'' jelas kenyataan itu.


P/S : "Sudah terang lagi bersuluh. Kalau belajar dalam BAHASA KEBANGSAAN dikatakan sebagai berbaur perkauman, maka apa yang tidak? Secara terang-terangan mereka menolak konsep KEBANGSAAN. Sepatutnya tindakan tegas diambil terhadap mereka ini, bukan ke atas Mukhriz. Ianya bukan berkaitan soal bangsa Melayu, tetapi lebih kepada semangat KEBANGSAAN dan PERPADUAN yang telah lama merosot dari satu generasi ke satu generasi akibat daripada sistem pendidikan menggunakan bahasa ibunda masing-masing yang kini telah berjangkit kepada sektor swasta. Bahasa Malaysia bukan setakat bahasa Melayu tetapi juga merupakan BAHASA KEBANGSAAN. Jangan lupa fakta itu."

4 comments:

Siong_Malaya said...

Memang betul, kalau Bahasa Malaysia (kebangsaan) dianggap perkauman kerajaan terpaksa mencari alternatif (bahasa lain) untuk urusan pentadbiran, perbahasan parlimen atau sebarang urusan. Bahasa Inggeris tidak mungkin, atau pakai bahasa isyarat kot supaya semua kaum di Malaysia tidak tersinggung. Belajarlah dari Singapura kaedah proses pembelajaran di sana. Hanya Lee Kuan Yew sahaja yang boleh mengsingapurakan kaum cina, india dan melayu di sana.

devil said...

Siapa yang sebenarnya perkauman? Tolak sistem pendidikan yang boleh menyatupadukan rakyat itu bukan perkauman?

bahteramalaya said...

Pada BAHTERA, persoalan ini bermula di dalam perlembagaan yang telah mencapai matlamat sebelum merdeka lagi....Dalam perkara tersebut menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi...dan perkara ini dipersetujui oleh ketiga-tiba bangsa....Bukan niat BAHTERA nak menyentuh hak keistimewaan MELAYU....mahupun ketuanan melayu........tetapi BAHTERA menulis atas dasar persetujuan tiga bangsa sebelum merdeka...itu kita kena pegang kuat-kuat......kalau dah itu pun semua nak usik....apa lagi yang tinggal Di BUMI MALAYSIA.......BAHTERA bagi contoh sebuah negara JEPUN contohnya.......rakyat dia sendiri tak nak pakai bahasa MAT SALEH nie......tetap pakai Bahasa JEPUN.....sampai tahap nak masuk salah sebuah universiti di JEPUN pun nak buat buat surat pakai bahasa JEPUN........So fikir-fikirkan lah.....apa yang patut.....

Gerrard said...

spatutnya menyokong .. bukannya menolak dan mengatakan Dato Mukhriz menimbulkan isu bebaur perkauman sedangkan beliau tidak punyai niat sebegitu.. mereka (orang awam) terlalu takut akan kehilangan bahasa ibunda sehingga melemparkan tuduhan sebegitu.

Kalau difikirkan secara logik, apa yang diusulkan adalah membawa kebaikan .. semuanya itu demi kelancaran dan kesenangan generasi pelapis kita pada masa hadapan namun disalah tafsirkan oleh mereka.

imeem